JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi  Julai 2009







UUM, 20 Sep 2008 - Seramai 20 orang Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan 20 orang

Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) telah mengikuti Seminar Pembangunan IPT Peringkat Kebangsaan “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara” anjuran Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Biro Tata Negara. Majlis Perasmian Seminar Pembangunan IPT Peringkat Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Ramli bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir ke seminar ini iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Seminar ini membicarakan kedudukan dan halatuju mahasiswa/i dalam memacu hasrat serta cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Pada masa yang sama seminar ini mendedahkan mahasiswa/i tentang signifikasi penubuhan Universiti APEX dan pembentukan modal insan kelas pertama dalam memantapkan pelaksanaan terhadap Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Di samping itu juga, melalui program ini mahasiswa/i di seluruh Malaysia boleh bertukar-tukar idea dan fikiran untuk melahirkan satu wadah pelengkap dalam menjana pemikiran mahasiswa/i agar lebih bersepadu dalam menjayakan wawasan negara. Dengan adanya seminar Pembangunan IPT Peringkat Kebangsaan ini tentunya akan memberi pendedahan dan pengalaman sebanyak mungkin kepada bakal pemimpin Modal Insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Matlamat seminar ini ialah menyediakan landasan kepada mahasiswa/i IPTA/ IPTS untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat terkini berhubung dengan pengalaman, peranan dan cabaran dalam merealisasikan Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara di samping bekerjasama bagi menangani gejala sosial yang kian berkembang dengan penggunaan ilmu dan budaya kepimpinan secara berhikmah.

Acara kemuncak bagi seminar ini ialah sebuah forum yang bertajuk “Kemanakah Arah Pembangunan Mahasiswa/i IPT dalam Merealisasikan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara” yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Nordin bin Kardi, Naib Canselor UUM.

Ahli Panel :
1) Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abd. Razak
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia

2) Yang Berusaha Prof. dr. Mustafa bin Mohd Zin
Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UiTM


3) Yang Berusaha Dr. Idris bin Md Noor
Timbalan Ketua Pengara Biro Tata Negara

4) Yang Berhormat Dato’ seri Shahidan bin Kassim
Presiden Alumni Universiti Utara Malaysia