JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi  Julai 2009
10:50 AM
Posted by JPP

Yayasan Saad, 12 September 09- Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) serta 21 orang pelajar PTSS telah menjayakan satu program iaitu Program Berbuka Bersama Anak Yatim 09 (PUSATIM '09) . PUSATIM '09 merupakan satu aktiviti utama JPP. PUSATIM '09 adalah projek yang diusahakan oleh Biro Helwani Dan Pembangunan Insan JPP. Pada tahun ini, PUSATIM '09 telah diadakan di Yayasan Saad yang terletak di Pekan Kangar,Perlis. Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk mendekatkan diri peserta dengan anak-anak yatim Rumah Yayasan Saad serta dapat menceriakan hari mereka. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan di dalam program ini seperti aktiviti bergotong-royong. Selain daripada itu, aktiviti memasang lampu raya serta pelita juga telah diadakan. Disini, jelas terlihat wajah-wajah anak-anak yatim Rumah Yayasan Saad ini ceria apabila tempat tinggal mereka dihiasi dengan begitu indah sebelum mereka berhari raya nanti. Selepas selesai aktiviti memasang pelita, aktiviti diterukan lagi dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK). Aktiviti LDK yang dilakukan seperti teka-teki, logo diri, sesi taaruf dan banyak lagi. Pada jam 5.30 petang, majlis perasmian penutup telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan Oleh Cik Zuraidah yang merupakan penasihat JPP. Majlis perasmian penutup ini turut dihadiri oleh Cik Nadiya yang juga merupakan penasihat JPP, Puan Salmiah yang merupakan Pengetua Rumah Yayasan Saad dan 7 orang staf Rumah Yayasan Saad. Selepas selesai majlis perasmian penutup, anak-anak yatim Rumah Yayasan Saad telah dihidangkan dengan jamuan yang beraneka. Selepas berbuka puasa , peserta program dan anak-anak yatim Rumah Yayasan Saad telah bersama-sama menunaikan solat fardu maghrib. Majlis ini selesai pada jam 8.30 malam.