JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi  Julai 2009
11:59 AM

APA ITU JPP???

Posted by JPP

PENGENALAN JPP


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik KPTM merupakan satu badan induk pelajar (bukan Penaung) sebagai satu landasan bagi semua pelajar menyalurkan isu-isu/maklumat peringkat bawah kepada peringkat atasan (sebaliknya) samada kepada Pengarah atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan malah boleh menyampaikannya kepada Menteri KPTM melalui forum dan majlis yang dibenarkan/disediakan.

JPP diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif atau Pengarah. Hanya JPP yang terpilih sahaja mendapat pengiktirafan pengurusan apabila mereka mendapat Watikah Perlantikan berbanding pengerusi kelab dan persatuan. Selain itu perihal JPP juga terkandung di dalam Jadual III (Seksyen 7, 8, 22 dan 23), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976. Objektif penubuhannya ialah untuk melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pelajar disamping sebagai saluran maklumat berkaitan dengan kebajikan kepada pihak pengurusan.

Penubuhan JPP berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 di dalam Seksyen 7 yang menyatakan “Sesuatu Institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi Jawatankuasa itu dengan syarat bahawa Menteri boleh, menurut budibicara mutlaknya, membuat, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, apa-apa ubahsuaian, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan bermenafaat kepadanya dalam pemakaiannya bagi mana-mana Institusi atau klas atau perihal Institusi tertentu”



TEMPOH PERKHIDMATAN DAN PEMBUBARAN

JPP mempunyai tempoh selama satu tahun perkhidmatan. Walau bagaimanapun Pengarah (Pegawai Hal Ehwal Pelajar) boleh membubarkan JPP atau mana-mana kelab dan persatuan mengikut hak dan kuasa yang ada padanya. Ini terkandung di dalam Seksyen 9 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 menyatakan :

(1) Menteri atau Ketua Eksekutif boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab, menggantung atau membubarkan JPP atau mana-mana badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8, dan memberi apa-apa arahan yang berbangkit atau mengambil apa-apa langkah berbangkit sebagaimana yang perlu atau bermenafaat untuk menguatkuasakan penggantungan atau pembubaran itu.

(2) Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 hendaklah berkuatkuasa dengan serta-merta selepas sahaja dibuat keputusan untuk menggantung atau membubarnya.

(3) Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 adalah muktamad dan tiada mahkamah mempunyai apa-apa bidangkuasa untuk melayani apa-apa langkah perbicaraan terhadap penggantungan atau pembubaran itu.



ORGANISASI

Hanya JPP sahaja yang dibenarkan menggunakan perjawatan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua serta Exco. Manakala kelab dan persatuan dinasihatkan menggunakan perjawatan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Biro.

Pembentukan organisasi amat penting bagi menggambarkan perjalanan JPP yang jelas tetapi ianya bergantung kepada politeknik masing-masing.