
Ekspedisi Hutan belum ini dijalankan adalah untuk menguji keyakinan dan dugaan para pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Ekspedisi dijalankan selama 3 hari 2 malam adalah dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Perak. Ekspedisi ini melibatkan seramai 50 peserta yang terdiri daripada 23 siswa, 22 siswi, 3 orang pensyarah pengiring dan 2 orang fesilitator jemputan bagi sepanjang ekspedisi tersebut.
Program seperti ini wajar dijalankan kerana para peserta didedahkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi antaranya mendaki gunung, meredah arus sungai dan sebagainya. Program seperti ini bukan sahaja didedahkan dari segi ketahanan mental tetapi pendedahan rohani mengenai ciptaan Allah swt. Selain itu juga, aktiviti motivasi dan slot ceramah agama juga turut diselitkan dalam program ini sebagai agenda utama supaya para peserta dapat menghayati dan menikmati ciptaan Allah swt.