JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi  Julai 2009
12:00 AM

CARTA ORGANISASI JPP SESI JULAI 2009

Posted by JPP


Sile Klik Pada Gambar Untuk Melihat Carta Organisasi JPPPTSS Dengan Lebih Besar

11:59 AM

APA ITU JPP???

Posted by JPP

PENGENALAN JPP


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik KPTM merupakan satu badan induk pelajar (bukan Penaung) sebagai satu landasan bagi semua pelajar menyalurkan isu-isu/maklumat peringkat bawah kepada peringkat atasan (sebaliknya) samada kepada Pengarah atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan malah boleh menyampaikannya kepada Menteri KPTM melalui forum dan majlis yang dibenarkan/disediakan.

JPP diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif atau Pengarah. Hanya JPP yang terpilih sahaja mendapat pengiktirafan pengurusan apabila mereka mendapat Watikah Perlantikan berbanding pengerusi kelab dan persatuan. Selain itu perihal JPP juga terkandung di dalam Jadual III (Seksyen 7, 8, 22 dan 23), Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976. Objektif penubuhannya ialah untuk melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pelajar disamping sebagai saluran maklumat berkaitan dengan kebajikan kepada pihak pengurusan.

Penubuhan JPP berasaskan kepada peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 di dalam Seksyen 7 yang menyatakan “Sesuatu Institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi Jawatankuasa itu dengan syarat bahawa Menteri boleh, menurut budibicara mutlaknya, membuat, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, apa-apa ubahsuaian, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan bermenafaat kepadanya dalam pemakaiannya bagi mana-mana Institusi atau klas atau perihal Institusi tertentu”



TEMPOH PERKHIDMATAN DAN PEMBUBARAN

JPP mempunyai tempoh selama satu tahun perkhidmatan. Walau bagaimanapun Pengarah (Pegawai Hal Ehwal Pelajar) boleh membubarkan JPP atau mana-mana kelab dan persatuan mengikut hak dan kuasa yang ada padanya. Ini terkandung di dalam Seksyen 9 Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar 1976 menyatakan :

(1) Menteri atau Ketua Eksekutif boleh, menurut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi apa-apa sebab, menggantung atau membubarkan JPP atau mana-mana badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8, dan memberi apa-apa arahan yang berbangkit atau mengambil apa-apa langkah berbangkit sebagaimana yang perlu atau bermenafaat untuk menguatkuasakan penggantungan atau pembubaran itu.

(2) Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 hendaklah berkuatkuasa dengan serta-merta selepas sahaja dibuat keputusan untuk menggantung atau membubarnya.

(3) Penggantungan atau pembubaran JPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 adalah muktamad dan tiada mahkamah mempunyai apa-apa bidangkuasa untuk melayani apa-apa langkah perbicaraan terhadap penggantungan atau pembubaran itu.



ORGANISASI

Hanya JPP sahaja yang dibenarkan menggunakan perjawatan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua serta Exco. Manakala kelab dan persatuan dinasihatkan menggunakan perjawatan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Biro.

Pembentukan organisasi amat penting bagi menggambarkan perjalanan JPP yang jelas tetapi ianya bergantung kepada politeknik masing-masing.

10:50 AM
Posted by JPP

Yayasan Saad, 12 September 09- Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) serta 21 orang pelajar PTSS telah menjayakan satu program iaitu Program Berbuka Bersama Anak Yatim 09 (PUSATIM '09) . PUSATIM '09 merupakan satu aktiviti utama JPP. PUSATIM '09 adalah projek yang diusahakan oleh Biro Helwani Dan Pembangunan Insan JPP. Pada tahun ini, PUSATIM '09 telah diadakan di Yayasan Saad yang terletak di Pekan Kangar,Perlis. Matlamat program ini dianjurkan adalah untuk mendekatkan diri peserta dengan anak-anak yatim Rumah Yayasan Saad serta dapat menceriakan hari mereka. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan di dalam program ini seperti aktiviti bergotong-royong. Selain daripada itu, aktiviti memasang lampu raya serta pelita juga telah diadakan. Disini, jelas terlihat wajah-wajah anak-anak yatim Rumah Yayasan Saad ini ceria apabila tempat tinggal mereka dihiasi dengan begitu indah sebelum mereka berhari raya nanti. Selepas selesai aktiviti memasang pelita, aktiviti diterukan lagi dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK). Aktiviti LDK yang dilakukan seperti teka-teki, logo diri, sesi taaruf dan banyak lagi. Pada jam 5.30 petang, majlis perasmian penutup telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan Oleh Cik Zuraidah yang merupakan penasihat JPP. Majlis perasmian penutup ini turut dihadiri oleh Cik Nadiya yang juga merupakan penasihat JPP, Puan Salmiah yang merupakan Pengetua Rumah Yayasan Saad dan 7 orang staf Rumah Yayasan Saad. Selepas selesai majlis perasmian penutup, anak-anak yatim Rumah Yayasan Saad telah dihidangkan dengan jamuan yang beraneka. Selepas berbuka puasa , peserta program dan anak-anak yatim Rumah Yayasan Saad telah bersama-sama menunaikan solat fardu maghrib. Majlis ini selesai pada jam 8.30 malam.


TARIKH : 10 SEPTEMBER 2009
MASA :1.00 p.m
TEMPAT : DEWAN HARUM MANIS,PTSS


AGENDA : Sesi Fotografi Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009 bersama-sama dengan penasihat.

Sesi Fotografi:
Seramai 20 orang ahli JPP serta dua orang penasihat JPP telah mengadakan satu sesi fotografi pada 10/9/09 yang lepas. Sesi fotografi ini merupakan salah satu aktiviti utama JPP. Sesi fotografi ini juga telah dihadiri oleh En Mohd Ruslan yang merupakan Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Selain daripada itu juga, penyelaras JPP iaitu Ustaz Husba juga telah hadir untuk menjayakan sesi fotografi ini. Sesi fotografi ini juga telah dijayakan oleh tujuh orang penasihat JPP.


USM,9 September 2009- Seramai 20 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta 20 orang pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang merupakan wakil-wakil kelas dan wakil jabatan telah menyertai satu program iaitu program IFTHAAR 1 SISWA 1 MALAYSIA. Program ini merupakan satu program yang ingin membincangkan mengenai pendapat pelajar tentang program 1Malaysia yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Program ini merupakan salah satu program yang ingin merapatkan lagi hubungan diantara wakil-wakil pelajar bagi setiap insitiusi pengajian tinggi.Selain daripada itu juga , pada hari yang sama pihak USM telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa/Majlis Makan Malam Program 1Malaysia.
Program berbuka puasa ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan dan Sultanah Perlis. Program ini juga telah dihadiri oleh beberapa VVIP iaitu DYMM Sultan dan Sultanah Kedah serta Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi. Program ini selesai pada jam 8.30 malam.

5:19 PM

Program Kenal Mesra Julai '09

Posted by JPP


PTSS 6-10 Julai 2009: Program Kenal Mesra(PKM) Julai 09 yang telah berlangsung pada 6 hingga 10 Julai 2009 merupakan satu program yang akan dianjurkan setiap semester. PKM merupakan program yang wajib dilakukan oleh setiap Politeknik di Malaysia. Pkm diadakan sempena pengambilan pelajar baru bagi setiap semester. PKM merupakan satu program yang berunsurkan hari orentasi yang memperkenalkan pelajar-pelajar baru mengenai suasana pembelajaran di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin(PTSS) dan Politeknik-Politeknik seluruh Malaysia. Bagi PTSS, PKM adalah salah satu cara untuk memperkenalkan persekitaran PTSS kepada pelajar-pelajar baru dan disamping itu dapat membentuk jati diri pelajar. Pada semester ini, PTSS telah mengambil seramai 1226 orang pelajar baru. PKM ini juga merupakan satu pentas untuk pelajar-pelajar lama untuk menonjolkan diri mereka untuk mewujudkan satu organisasi yang kukuh bagi melancarkan PKM ini. Bagi semester ini, serami 108 pelajar-pelajar lama telah mendaftarkan diri untuk menjadi fasilitator PKM. Semua Fasilitator ini diketuai oleh saudara Baharuddin yang merupakan Ketua Fasilitator bagi sesi Julai 2009.

PKM merangkumi pelbagai aktiviti menarik, antaranya seperti sesi ceramah mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan PTSS dan KPTM, sesi riadah, sesi beramah mesra bersama warden, LDK dan sebagainya. Selain itu, program ini juga bagi mendedahkan kepada para pelajar khususnya jawatankuasa penganjur berkaitan prosedur, teknik dan selok-belok bagi menjayakan sesuatu program. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat menjadi saluran bagi mempromosikan kelab-kelab yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar(HEP).


PKM telah dirasmikan oleh Pengarah PTSS iaitu Tuan Haji Md Noor b Baharom. Majlis Perasmian telah dijalankan dengan begitu meriah sekali. Bagi majlis penutupan PKM, warga PTSS telah menerima kunjungan daripad YAB Tuan Syed Razlan yang merupakan ADUN

Adalah diharapkan PKM ini kelak mampu mencapai objektif yang digariskan. Semoga niat murni pihak kerajaan bagi melahirkan “Modal Insan” yang terbilang sama-sama dapat kita jayakan.Semoga ikatan ukwah diantara Fasilitator dan pelajar baru tidak akan hilang ditelan masa.

2:57 PM

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Posted by JPP

Warga Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin(PTSS) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga PTSS, rakan seangkatan JPP Politeknik-Politeknik SeMalaysia dan semua Muslimin dan Muslimat yang berada di seluruh negara.