JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi  Julai 2009
5:46 PM

EKSPEDISI HUTAN BELUM

Posted by JPP


Hutan Belum, Perak 22-24 Ogos 2008 – Pembentukan keperibadian pelajar amat penting dalam gerak kerja para pelajar. Menyedari kepentingan itu, Kelab Diskusi Islam PTSS dengan kerjasama Exco Kerohanian dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Ekspedisi Hutan Belum yang diadakan di Hutan Belum, Perak Darul Ridzuan yang bertemakan ”Kerohanian Asas Pembentukan Ummah Yang Gemilang”. Ini adalah progam kedua kelab tersebut selepas Kem Rehlah Siswa Siswi Remaja.


Ekspedisi Hutan belum ini dijalankan adalah untuk menguji keyakinan dan dugaan para pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Ekspedisi dijalankan selama 3 hari 2 malam adalah dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Perak. Ekspedisi ini melibatkan seramai 50 peserta yang terdiri daripada 23 siswa, 22 siswi, 3 orang pensyarah pengiring dan 2 orang fesilitator jemputan bagi sepanjang ekspedisi tersebut.


Program seperti ini wajar dijalankan kerana para peserta didedahkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi antaranya mendaki gunung, meredah arus sungai dan sebagainya. Program seperti ini bukan sahaja didedahkan dari segi ketahanan mental tetapi pendedahan rohani mengenai ciptaan Allah swt. Selain itu juga, aktiviti motivasi dan slot ceramah agama juga turut diselitkan dalam program ini sebagai agenda utama supaya para peserta dapat menghayati dan menikmati ciptaan Allah swt.