JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi  Julai 2009
9:20 PM

KEM KEPIMPINAN PERDANA JPP KE 4

Posted by JPP



Bagi melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pelajar disamping sebagai saluran maklumat berkaitan dengan kebajikan kepada pihak pengurusan, Bahagian kebajikan pelajar, Sektor Pengurusan Politeknik telah menganjurkan “Program Kem Kepimpinan Perdana JPP” yang melibatkan seluruh Politeknik Malaysia bertujuan untuk mengumpul semua JPP Politeknik dalam rangka menjalinkan kerjasama, bertukar idea dan membina jatidiri kearah meningkatkan kualiti kepimpinan dan kebajikan pelajar. Kem Kepimpinan Perdana JPP Ke 4 ini diadakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada 8 -11 Ogos 2008 dan telah dirasmikan oleh Y.Berusaha En Zolkarnain Bin Hj Jobshi, Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Dalam program ini para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti fizikal, seperti berkayak, jungle tracking dan sebagainya. Program ini bukan sahaja didedahkan dari segi ketahanan mental tetapi pendedahan rohani turut dimuatkan dalam program ini. Program ini telah disertai oleh 24 buah politeknik dengan jumlah peserta seramai 220 orang barisan JPP.
Kem Kepimpinan Perdana JPP Pertama
Kem Kepimpinan Perdana JPP Pertama telah diadakan di Kem Dusun Eko Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 12 – 16 Ogos 2005 dan telah dirasmikan oleh Y.B. Dato Dr. Adham Baba, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kem Kepimpinan Perdana JPP Ke-2
Kem Kepimpinan Perdana JPP Ke-2 telah diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor pada 17 – 20 Ogos 2006 dan telah dirasmikan oleh Y.B. Dr. Mat Yasir Bin Ikhsan, ahli Parlimen sabak Bernam, Selangor.
Kem Kepimpinan Perdana JPP Ke-3
Kem Kepimpinan Perdana JPP Ke-3 telah diadakan di Kem Setia Ikhlas, Semenyih, Selangor pada 2 – 5 November 2007 dan telah dirasmikan oleh Y.Brs. En. Omar Bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.