JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi  Julai 2009
11:29 PM

PROGRAM HARI INTERAKSI (INFAC 08)

Posted by JPP


Program Hari Interaksi JPP (INFAC ’08) ini merupakan salah satu projek wajib bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) pada setiap awal sesi pentadbiran yang bertemakan “Interaksi Bersama Menyatukan Semua” . Program ini diadakan pada 1 Ogos 2008 bertempat di padang PTSS. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan barisan MT dan Exco JPP yang dilantik dan memberi ruang interaksi di kalangan para pelajar PTSS serta menjadi medan mencari ahli-ahli baru untuk Kelab Fesilitator (KFC) yang bernaung di bawah JPP. Ia juga bagi merancakkan lagi proses integrasi kaum di PTSS.

Program ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik, antaranya seperti senamrobik, sukaneka, sesi taafuf JPP, LDK dan sebagainya. Selain itu, program ini juga bagi mendedahkan kepada para pelajar khususnya jawatankuasa penganjur berkaitan prosedur, teknik dan selok-belok bagi menjayakan sesuatu program. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat menjadi saluran bagi mendapat sumber manusia (human resource) untuk semua projek JPP sepanjang semester.

Adalah diharapkan projek ini kelak mampu mencapai objektif yang digariskan. Semoga niat murni pihak kerajaan bagi melahirkan “Modal Insan” yang terbilang sama-sama dapat kita kecapi kelak. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2 petang. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Yasir b Othman, Pengetua Kamsis PTSS.