JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2009

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi  Julai 2009
5:30 PM

KEM MOTIVASI GUA KELAM

Posted by JPP













Gua Kelam, 1-3 Ogos 2008 – Pembentukan keperibadian pelajar amat penting dalam gerak kerja para pelajar. Menyedari kepentingan itu, Kelab Diskusi Islam PTSS dengan kerjasama Exco Kerohanian dan Pembangunan Insan telah menganjurkan KERSISA 2’08 ( Kem Rehlah Siswa Siswi/Remaja ) yang diadakan di Pusat Rekreasi Gua Kelam, Perlis. KERSISA 2’08 dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi pengetahuan agama serta asas kepimpinan ahli Sahabat Kelab Diskusi Islam (Sahabat KDI) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dalam mengharungi cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Kem ini adalah kali kedua diadakan di PTSS dan juga susulan daripada Kem Rehlah Sahsiah Remaja pada 15, 16 & 17 Februari 2008 bertempat Kem Wang Mu Perlis anjuran Pusat Islam. Aktiviti ini telah memberi kesan yang positif kepada para pelajar dalam bentuk akhlak dan juga pengetahuan.

Ekspedisi dijalankan selama 3 hari 2 malam secara pakej dibawah pakej bersama Pusat Rekriasi Bukit Ayer iaitu penginapan, makanan dan perjalanan aktiviti-aktiviti. Kem ini akan dilibatkan seramai 50 orang peserta terdiri daripada dan 3 orang staf atau pensyarah pengiring bagi sepanjang ekspedisi tersebut yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Ogosi 2008 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) iaitu pada akhir cuti hujung minggu.

Program seperti ini wajar dijalankan kerana para peserta didedahkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi antaranya aktiviti yang berunsurkan kepimpinan, memanjat bukit dan sebagainya. Program seperti ini bukan sahaja didedahkan dari segi ketahanan mental tetapi pendedahan rohani mengenai ciptaan Allah swt. Selain itu juga, aktiviti motivasi dan juga slot ceramah agama akan diselitkan sebagai agenda utama supaya para peserta dapat menghayati dan menikmati ciptaan Allah swt.